BUTTERCUP is NOT BUTTER!!


Berapa kali mau cakap ehhhhhh..... BUTTERCUP is NOT BUTTER!! 🤦🏼‍♀️

Buttercup tu BUKAN butter @ mentega.
Buttercup ialah CAMPURAN MENTEGA & MINYAK SAWIT. Buttercup sebenarnya ialah butter blend atau lepa susu.

Buttercup pun tak pernah claim ianya adalah sebuku mentega sebenar. Di pembalutnya pun hanya ditulis Luxury Spread saja.
Disebabkan ada perkataan 'Butter' pada perkataan Buttercup tu, ramai yg salah anggap ianya adalah sebuku butter @ mentega.
Cuba korang tengok di bahagian belakang bekas pembalut Buttercup tu, check ingredients Buttercup tu. Apa yang korang nampak?


Di bahagian Ingredients Buttercup's luxury spread tu tercetak :
Ingredient : Palm Kernel Oil , Milk Fat , Milk Powder , Salt , Soya Lecithin , Contains permited emulsifier , Flavourings and Colouring (Beta Carotene)
Nampak tak? Ada penggunaan Palm oil!
Pernah tengok tak bahan2 dalam marjerin?
Marjerin atau lebih dikenali dgn brand name seperti Planta atau Daisy; adalah diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air, pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu.
Jadinya, Buttercup sebenarnya ialah hasil daripada mentega dan marjerin yg dikahwinkan. Kiranya buttercup ni half butter dan half margerin. Gitu.....
Ok - What is butter then?
via spallanpunya.blogspot.com

Butter @ mentega merupakan produk industri susu di mana bahan utama pembuatannya berasal daripada susu (80-82 peratus) yang diproses dgn cara memisahkan pepejal lemak dan air.
Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut air.
Sebab itu, rasa dan tekstur butter amat berlainan dgn Buttercup. Warna dan bau sangat2 berbeza.
Antara jenama butter yg sering didapati di pasaran ialah SCS, Golden Churn, Lurpak, President, Anchor dan Bulla.

So, jangan la cuba cakap dgn kami anda guna butter kalau pakai Buttercup. Sebab bagi yg biasa di dalam industri baking, kami boleh bezakannya ya!
cdt : faiza mohammed






from Resepi Kek Biskut Raya https://ift.tt/2vUt5WZ
via IFTTT
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment