Biskut RED PEARL ni terlajak senang nak buat dan sedap ya amat...ada corn flakes, chocolate chips dan almond strips lagi. Tak payah gelek, tekap atau cetak...cukup guna sudu je😊 Sesiapa yg baru berjinak2 mengukis in shaa Allah menjadi. Untuk mommies yg sibuk tapi teringin nak buat biskut raya mmg sesuai sngt sbb cepat siap...ajak anak buat sekali...jommm 🔸Bahan2 : (anggaran 30 pcs) 150 grm butter (suhu bilik) 75 grm gula castor 150 grm tepung gandum 50 grm corn flakes 50 grm chocolate chips 25 grm almond strips @ nibs (almond strips sangai sekejap) 1 sdt esen vanila ceri merah dihiris memanjang atau dadu 🔸Cara Membuat : * Satukan butter & gula castor. Gaul dgn senduk kayu je hingga sebati dan rata. JANGAN pukul hingga kembang nnti biskut jadi kembang dan leper lps dibakar. * Masukkan tepung gandum, gaul sebati. * Masukkan corn flakes, chocolate chips, almond strips @ nibs dan esen vanila. Gaul semua hingga sebati dan rata. * Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. * Letak hirisan ceri merah di atasnya. * Bakar suhu 170°C selama 20-25 mnt bergantung oven masing2. * Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dlm bekas kedap udara. Mudah kan? Selamat mencuba. Semoga bermanfaat 😊 Terima Kasih | eka zahra resepikekbiskutraya.blogspot.com


from Resepi Kek Biskut Raya https://ift.tt/2JoqNBO
via IFTTT
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment