Terima Kasih | Hani Rosli
Kek coklat yg sedap dan mudah dibuat..
Follow step by step cara buat kek coklat moist..
Bahan - Bahannya,
Bahan A
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
3 sb marjerin
Bahan B
1 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat (ayak semua)
2 biji telur
Campur semua bahan A dalam 1 periuk dan masakkan atas api perlahan untuk sebatikan semua bahan2. Biarkan ketepi..
Dalam bekas lain..pukul 2 biji telur guna whisk shja..
Masukkan bahan A separuh..
Masukkan pula bahan B semuanya kacau sedikit dan masuk habis bahan A dan kacau bg sebati..
Kemudian baru tuang dlm bekas acuan atau loyang..pastikan air kukusan mendidih baru mula kukus api sederhana selama 40 minit..
Setelah kek masak terbalikkan atas redai dan sejukkan sebelum tuang topping coklat..
Topping
Bahan2 topping coklat..1/3 cwn serbuk koko
2 sb gula
5 sb susu pekat
1/3 cwn air panas
Masakkan atas api yg perlahan sehingga sebati kemudian masukkan 1 sb marjerin untuk bg kilat topping coklat..biarkan sehingga nampak sedikit pekat coklat..sejukkan sekejap baru tuang atas kek coklat yg dh sejuk..hiaskan dgn coklat rice atau coklat chip..siap!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan