HOT

Post Top Ad

Resepi Kek Batik Empire


Terima Kasih |  Noy Yullan

Dikhabarkan pemilik asal resipi ini adalah chef daripada Hotel Empire Brunei. Tak pasti betul ataupun tidak. Saya dapat pun daripada Internet, so tidak pasti siapakah empunya asal resipi ini. Walau siapa pun pencipta resipi ini, saya doakan semoga dia dan semua yang memanjangkan ilmu ini dimurahkan rezeki termasuk saya dan kawan2 yang sudi share. Masa mengukus tu saya x follow resipi asal, sebab masa saya buat, saya perhatikan berapa masa yang digunakan. Kalau ikut resipi asal, lapisan coklat dikukus 1 jam, tapi saya kukus 25 minit sahaja. 

Dah berkali2 buat kek ini. Sedap. Lembut. Cantik. Kali ini buat untuk sambutan hari guru di tadika anak pula.

Bahan-bahan yang diperlukan:
200gm mentega/lepa susu/marjerin
1/4 cawan gula halus
(gula putih biasa pun boleh.)
4 biji telur gred A atau B
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan kaya perisa asli
1/4 cawan susu pekat
*3/4 cawan tepung gandum (sikit lagi nak penuh secawan)
* 1/4 cawan horlick perisa original
(Ayak tepung gandum dan horlick bersama2).
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu besar chocolate emulco
Pewarna hijau
150 gm biskut marie (patah 4 dan bahagi kepada 2 bahagian)

Cara-cara boleh lihat step by step yang telah disediakan.

Step by step.
Dengan lafaz bismillah.... Pukul 200gm mentega bersama 1/4 cawan gula dengan speed sederhana dahulu, baru tukar kepada speed tinggi. Pukul hingga kembang dan bertukar menjadi warna putih pucat. 

Nota: Kek ini tak manis sangat, kalau ada yang suka kek agak tawar, tak perlu letak gula. Nanti ada kaya dan susu pekat sebagai pemanis.


Sediakan 4 biji telur. Bersihkan kulitnya. Tadi kan guna speed tinggi, so sebelum masuk telur ni, tukar kepada speed sederhana dahulu. Pecahkan dan masukkan telur satu per satu. Apabila nampak macam dah bersatu (kuning telur dah tak nampak rupa), tukar kepada speed tinggi semula. Pukul hingga telur kembang.


Masukkan 1 sudu kecil esen vanila, 1/4 cawan kaya, dan 1/4 cawan susu pekat manis. Kaya tu tak kisah jenama apa pun tapi guna perisa asli. Apabila nampak sebati, perlahankan mixer.

Nota : Kaya yang kita sapu atas roti tu ya. Bukan kaya duit atau kaya budi bahasa.


Pastikan speed perlahan, ya. Kang berterabur tepung. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan horlick yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar adunan semuanya sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Masa ni dah boleh didihkan air kukusan dengan api sederhana. Tutup pengukus tu supaya suhu dalam pengukus stabil.


Satu bahagian adunan dimasukkan pewarna hijau. Nak letak warna lain pun boleh, asalkan halal dan selamat dimakan. Masukkan separuh daripada biskut marie. Gaul rata.


Satu lagi bahagian adunan dimasukkan dengan 1 sudu besar serbuk koko dan 1/2 sudu besar chocolate emulco. Kalau tak ada chocolate emulco, masukkan 2 sudu besar serbuk coklat sahaja. (Maknanya, total serbuk coklat yang dimasukkan ke dalam adunan tanpa chocolate emulco adalah 2 sudu besar.) Gaul rata dan masukkan baki biskut marie tadi. Gaul.


Sediakan acuan. Sapu minyak/marjerin/mentega pada sekeliling acuan. Bahagian dalam sahaja ya. Nak lagi selamat, masukkan sedikit tepung. Ratakan tepung ke seluruh bahagian dalam acuan (golek2kan acuan). Terbalikkan acuan dan hentak bagi membuang sisa tepung yang berlebihan. Ini bagi memastikan kek tidak melekat dan lebih mudah dikeluarkan. 

Masukkan adunan berwarna hijau. Padatkan adunan dengan sudu. Hentak beberapa kali supaya adunan mampat. Kalau x mampat, kek akan berongga. Dah x cantik pula.


Apabila air kukusan dah mendidih, letak acuan berisi adunan hijau tadi. Kukus hingga masak sekitar 20 minit. Tak perlu tutup permukaan acuan dengan plastik atau aluminium foil. Cuma, sebelum tutup pengukus tu, lap la dulu wap pada penutup.

Kalau guna penutup kaca yang ada lubang tu pun sama. Lap dulu wap pada penutup. Kalau risau juga air menitis atas kek, tutuplah dengan plastik atau aluminum foil.


Apabila adunan hijau masak, masukkan pula adunan coklat. Padatkan dan hentak beberapa kali.


Untuk kukusan last ni, saya tutup permukaan acuan dengan plastik macam dalam gambar ni sebab masa mengukus bertambah dan adunan makin tinggi. Kalau x nak tutup pun x apa. Cuma lap la wap pada penutup pengukus tu sebelum tutup pengukus.


Kukus sekitar 25 minit atau hingga kek masak. Ambil lidi bersih, cucuk pada kek tu. Jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. Tutup api.


Ini rupanya kek dah masak.

Terbalikkan di atas redai.


Hiaslah ikut suka.


1 ulasan:

Post Top Ad

Halaman