HOT

Post Top Ad

Resepi Pudding Roti Coklat Leleh



Terima KasihNadia Shuhani

Bahan-bahan:

Roti Putih - tak kisah jenama apa
Susu Sejat
Gula Merah/ Perang Halus
Butter
Coklat Rice
2 Biji Telur
Madu
Esen Vanila

Cara Buat :

Ambil bekas atau loyang. Taburkan gula merah halus ke dalam bekas secara rata sebagai lapisan pertama.

Potong 4 bahagian roti putih menjadi petak kecil.

Sapukan butter di permukaan atas dan bawah roti. Susun kepingan menjadi lapisan kedua.

Taburkan coklat rice sebagai lapisan ketiga. Tabur lebih sikit yee


Susunkan lebihan roti yg disapu butter atas bawah tadi sebagai lapisan keempat.

Taburkan gula merah halus di atas kepingan roti tadi

Di dalam bekas lain, pecah telur 2 biji. Masukkan satu sudu esen vanila, 2 sudu madu dan satu tin susu sejat.


Pukul sehingga sebati, sampai berbuih laa.

Tuangkan adunan tadi ke atas lapisan roti.


Tabur coklat rice dekat atas sekali. Dan sedia untik dikukus. Kukus selama 20-25 minit.

1 ulasan:

Post Top Ad

Halaman