HOT

Post Top Ad

Resepi Congo Bar

Terima Kasih | Iszzuzavier



Bahan-bahan untuk Congo Bar:

150 gram mentega (2/3 cawan) *suhu bilik
230 gram gula perang (1 1/4 cawan)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
300 gram tepung naik sendiri (2 1/2 cawan)
1/4 sudu kecil garam
1 cawan coklat cip

.
Cara-cara :
Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. (boleh guna mixer @ whisk)
Masukkan telur satu per satu.
Tambahkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
Ayakkan tepung bersama garam. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau lagi.
Masukkan pula coklat cip. Gaul rata.
Ratakan adunan ke dalam loyang. Taburkan coklat cip di atasnya sebagai hiasan.
Bakar selama 35-40 minit pada suhu 175°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu)

.
Nota:
Lagi besar loyang lagi bagus untuk dapatkan congo bars yang nipis.
Boleh tambah kekacang ke dalam adunan dan sebagai hiasan.
Jika guna tepung gandum, tambahkan 2 sudu kecil baking powder.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman