HOT

Post Top Ad

RESEPI KEK BATIK KARAMEL

Terima Kasih | Nada Ishak


Bahan: (sukatan cawan)


1/2 cawan butter/ marjerin pelangi pun sedap gak
1 cawan gula perang
1/4 cawan whipping cream/ boleh guna susu cair
1/4 cawan susu pekat
Biskut 4 segi 20 keping * boleh guna biskut mery dlm 25 keping.

Cara-cara:

1. Cairkan butter bersama gula perang.

2. Kacau sehingga gula larut kemudian tuangkan whipping cream. Apabila nampak sos karamel mula berbuih tutupkan api sebentar.

3. Buka api semula dan kacau lagi sampai nampak gula sebati bersama cream, akhir sekali masukkan susu pekat.

4. Boleh tutup api sambil kacau sos karamel sehingga tekstur mula memekat.

5. Pecah-pecahkan biskut dan masukkan ke dalam sos karamel. Gaul bersama sehingga bersalut.

6. Lapikkan loyang dengan cling wrap, ( guna plastik pun boleh) masukkan semua biskut yang bersalut karamel ke dalam loyang.

7. Padatkan biskut tekan-tekan sehingga padat di dalam loyang.

Masa ni boleh tambah coklat rice,coklat chip dan badam..nak letak apa pun boleh atas tu.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau freezer selama 30 minit.

9. Setelah batik karamel mengeras boleh potong dengan pisau tajam dan hidangkan.

Boleh gandakan adunan klau nak byk.

Kredit : Blog Resepi Bonda

*badam tu bakar jap ja nk bg dia rangup..lps tu baru tabur ats kek batik.tu saya bakar terlebih masa pulak sbb tu ada yg hangit🤣

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman