HOT

Post Top Ad

RESEPI KEK BATIK CHEESE TANPA TELUR





kek batik nie sy buat tanpa menggunakan telur , tapi keknya tetap lembut šŸ˜‹ sebelum2 nie pernah buat , tapi jadi keras šŸ˜† tak tau apa dosa šŸ˜„



Bahan Bahan :
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
125g butter
1 bungkus biskut merry

Cara Cara :

masukkan butter dalam kuali , api slow je ya .
bila butter dah separuh cair , masukkan susu pekat . gaul sebatikan .
masukkan pula serbuk koko dan milo , gaul sama rata jangan bagi berketul . kalau dah berketul nanti tak cantik keknya .
bila dah sebati , tuang pula susu cair . kacau lagi sampai dia betul betul pekat dan warnanya jadi gelap .
agak agak dah pekat , masukkan biskut merry yang dah dipatah patahkan .
tuang dalam loyang yang dah dialaskan dengan plastik , tekan tekan dengan sudu biar padat dan permukaan rata. sejukkan .

Cream Cheese šŸ’ƒ

Bahan Bahan :
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
2 sb susu cair
1 sb air lemon

Cara Cara :

putarkan cream cheese dengan susu pekat sehingga kembang ,
masukkan pula susu cair dan air lemon , putar lagi sampai cheese menjadi gebu .
tuang ke atas kek batik tadi , ratakan .
taburkan topping di atas cheese jika suka .

tips *
nak lebih sedap , pakai unsalted butter .
boleh juga pakai marjerin tapi keknya kurang enak šŸ˜
tujuan letak air lemon dalam cheese untuk bagi rasa cheesenya kurang muak . tak nak letak pun boleh .
sejukkan dalam 6 jam ke atas atau semalaman baru kek yang dipotong tu cantik , dan cheese tak cair .
nak senang potong , pisau tu panaskan dulu sekejap .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman