Terima Kasih | Salmy Saznira
Bahan-bahan:
Bahan untuk inti:
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 ketul gula melaka (dihiris)
- Beberapa helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Air secukup rasa
Bahan untuk adunan:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- Bijan
CARA MEMBUAT :
1. Campurkan semua tepung dan uli dengan air secukupnya.
2. Rujuk gambar Kakmie kat bawah ye.
3. Ambik sedikit adunan dan leperkan.
4. Masukkan inti dan bulatkan.
5. Kemudian salutkan dengan bijan.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk beku (1/2 - 1 jam).
7. Keluarkan dan salutkan dengan minyak keseluruhan kuih bom (rujuk gambar Kakmie kat bawah)
8. Panaskan air fryer sekejap dalam 2@3 minit.
9. Kemudian masukkan kuih bom ke dalam bakul air fryer
suhu 165 darjah (7 minit)
pusing/balikkan kuih bom
sambung semula 170 darjah (7 minit lagi)
*boleh buka bakul untuk check tahap garing
Tips :
1. Kuih bom perlu diletakkan dalam peti sejuk sekejap untuk kekalkan bentuknya bulat cantik. Jika tak letak terus goreng nanti bentuknya tak cantik.
2. Sebelum goreng kuih bom perlu disaluti dengan sedikit minyak. Tak perlu banyak sekadar menyaluti saja. Jika tak letak minyak pun boleh cuma rasa agak bertepung sikit la.
Wokeh! Kakmie harap anda boleh la cuba buat kuih bom nih.
Kakmie ada juga menulis kat blog tentang idea kuih,kek dan pastry masak guna air fryer. Boleh baca kat sini ya https://resepiairfryer.com/idea-kuih-kek-dan-pastry.../
Tiada ulasan:
Catat Ulasan