HOT

Post Top Ad

Resepi Biskut Cip Coklat



Terima Kasih | AIN RZALI

Bahan A
1/4 cwn gula castor
1/2 cawan gula perang
75g mentega (sy guna buttercup)
1/2 cwn myk jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sudu besar susu tepung
Esen vanila


Bahan B
2 cawan tepung gandum *
1 sb serbuk koko *
1 sb tepung jagung *
1/2 sk cream of tartar *
1/2 sk soda bikarbonat *
1/2 cawan almond nib
1 cawan coklat cip
~boleh tambah kekacang lain jika suka seperti walnut ..biji bunga matahari...

Cara:
Ayak bahan *

Dalam bekas lain satukan bahan A..kacau dgn whisk..kemudian masukkan bahan *

Lastly masukkan kekacang
Adunan mmg agak lembik



Bentukkan dan bakar pada suhu 170 darjah 20 minit atau ikut kesesuaian oven masing2

Tips:
-jika nak dapatkan tekstur biskut yang tak rata mcm sy buat tu...simpan adunan dlm peti selama 30minit..baru bentukkan dan bakar..

-begitu juga adunan slps tu jgn lupa simpan dlm peti..

-kalau nak tekstur biskut mcm chipsmore blh trus bentukkan lps adun dan bakar x perlu simpan dlm peti

-lepas masak biskut mmg agak lembik..biarkan sejuk nti biskut akan keras

-simpan dlm bekas kedap udara selepas biskut sejuk

Selamat mencuba kawan2🍥🍪🍪🍥


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman