Resepi Cornflakes crunchy





Terima Kasih Dy'an Mohamad

Sblm ni buat dia jd mengembang meleper 😂😂😂 ada kesilapan teknikal sikit 😜😜😜
Kali ni buat menjadi,dia mmg mengembang sikit tp bkn lah mengembang meleper mcm sblm ni 😂😂😂

Terima kasih pada sis2 dlm ni yg tlg sy ri tu 😘😘😘 ni gne repesi lain cme teknik tu ikot nasihat2 sis2 dlm ni 👍👍👍

↔ ada yg nk resepi ke?😁😁😁

------------------------------
---------------

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Krup Krup Krup

250gm butter/majerin
100gm gula aising
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukupnya

Cara

Pukul butter & gula sehingga sebati n nampak berkrim. Gaul pakai senduk je

Pastu masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik ye)

Masukkan cornflakes dalam mangkuk dan ramas sedikit.sudu kan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golek2 kan.hias dengan ceri/kismis/choc chip ikut suka.masuk dalam oven dan bakar smp masak.suhu 160c 20-15 minit ikut oven masing masing.

Siappp

*Adunan memang lembik,tak perlu tambah tepung.nak mudah,masuk dalam piping bag

*Adunan akan mengembang mase masak,jadi jangan sudukan / paip adunan besar-besar sangat n jarak kan k.

*Nak sedap lagi gune honey cornflakes

*Nak elakkan cornflakes lemau,jangan masuk banyak2 dlm mangkuk mase sudukan/paipkan adunan.buh sikit2 dulu.

Ok, Selamat Mencuba ;)


Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment