Resepi Kek Kukus Pelangi




Bahan-bahan

6 biji telur
2 biji kuning telur
250gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
175gm santan kotak(kak guna 200gm)
200gm tepung kek(cara nak buat tpg kek rujuk blog kak sebelumnya)
Pewarna ungu,biru gelap, biru muda, kuning,orange dan merah

Caranya

1.Panaskan pengukus

2.Putar telur bersama ovelette dan gula hingga kembang.(putar sekitar 5 minit)

3.Masukkan tepung kek dan vanila. Kacau biar sebati.

4.Masukkan santan. Biar sebati.

5.Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.

6.Alaskan loyang dengan kek kek dan masukkan adunan bahagian yang berwarna ungu dan kukus selama 10 minit(tutup loyang dengan kertas aluminium.

7.Lakukan proses melapis hingga yang terakhir(yang terakhir kukus selama 20 minit)

8.Sejukkan.
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment