Resepi Pudding Biskut Tiramisu


Terima Kasih | Shen Sagah



1 tin susu cair
3 cwn air
1/2 cwn gula
1 cwn tepung kastard
1 biji telur
Dalam periuk masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Masak atas api kecil kacau selalu sehingga pekat.

1 peket biskut cracker atau meri
1 cwn air panas
2 sudu susu pekat atau 1 peket 3n1 mix
1 peket milo 3n1 atau 1 sudu besar serbuk koko untuk topping.
Dalam mangkuk masukkan air panas dan susu pekat atau 3n1 mix kacau. Celup biskut kemudian susun atas tray/bekas.

Untuk melapis.

Dalam bekas susun biskut yg da celup dalam air susu panas atau 3n1 mix, buat 2 lapis. Kemudian tuang kastard, ratakan. Ulang lapisan Letak biskut, tuang kastard last sekali tabur milo atau serbuk koko. 

Siap. Sedap dimakan sejuk2... Yum...yum..
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment