HOT

Post Top Ad

RESEPI KEK PISANG MILO

Terima Kasih | Iszzuzavier




Bahan- bahan;

Bahan A:

▪︎2 cawan tepung gandum - Diayak
▪︎ 1 sdb baking powder - Diayak
▪︎ 1 sdb soda bikarbonat - Diayak
▪︎ 4 sdb milo - Diayak

Bahan B ( Diblender kesemuanya )

▪︎ 8 - 9 biji pisang emas
▪︎ telur 2 biji ( Gred A, kalau Gred B guna 3 biji )
▪︎ 1 cawan minyak jagung ( Saya guna minyak masak je )
▪︎ 1 cawan gula ( Nak lagi cantik warnanya boleh juga guna gula perang )
▪︎ 1 sdb Majerin ( untuk mewangikan kek )

Cara-caranya;

Blend semua bahan² B kemudian tuang ke dalam Adunan A dan kaup balik sahaja sehingga rata. Panaskan oven dengan suhu 170° ( ikut kepanasan oven masing² ) api atas bawah dan gris loyang 6'inci dengan sedikit majerin dan alas loyang dengan baking paper, kemudian tuangkan adunan dan bakar selama sejam atau sehingga masak.

** Nak tahu kek dah masak ke belum cucuk lidi kat tengah² kek, kalau lidi licin dah masak sempurna lah tu kek korang**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman