HOT

Post Top Ad

RESEPI KEK PISANG MOIST GEBU GUNA BLENDER JE.

Terima Kasih | Iszzuzavier



Bahan- bahan;

Bahan A:

▪︎2 cawan tepung gandum - Diayak
▪︎ 1 sdb baking powder - Diayak
▪︎ 1 sdb soda bikarbonat - Diayak

Bahan B ( Diblender kesemuanya )

▪︎ 8 - 9 biji pisang emas
▪︎ telur 2 biji ( Gred A, kalau Gred B guna 3 biji )
▪︎ 1 cawan minyak jagung ( Saya guna minyak masak je )
▪︎ 1 cawan gula ( Nak lagi cantik warnanya boleh juga guna gula perang )
▪︎ 1 sdb Majerin ( untuk mewangikan kek )

Cara-caranya;

Blend semua bahan² B kemudian tuang ke dalam Adunan A dan kaup balik sahaja sehingga rata. Panaskan oven dengan suhu 170° ( ikut kepanasan oven masing² ) api atas bawah dan gris loyang 6'inci dengan sedikit majerin dan alas loyang dengan baking paper, kemudian tuangkan adunan dan bakar selama sejam atau sehingga masak. Adunan ini boleh dikukus. Jika dikukus, kukus selama 45minit dengan api yang sederhana.

** Nak tahu kek dah masak ke belum cucuk lidi kat tengah² kek, kalau lidi licin dah masak sempurna lah tu kek korang**

Mudah je kan buat kek pisang sendiri? Tak perlu beli, buat je bagi anak² makan atau untuk dijamu kepada tetamu, selamat mencuba! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman