HOT

Post Top Ad

RESEPI PAU LEMBUT

Terima Kasih | Norliza Bonda




Bagi yang nak tahu bagaimana hasil sebenar pau yang menggunakan resipi dibawah ni kena la korang cuba sendiri ya. Terpulang pada korang nak ikut 100% resipi dibawah atau boleh cuba gantikan shortening dengan minyak.

Bahan-bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh ) Mas guna tepung gandum jerk
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan gula castor
20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening ) tak letak, ganti dengan minyak
2g @ 1 sudu teh - bread softener - tak letak
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.

Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start

Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.

Masukkan inti dan tutup kemas.

Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus.
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
Kukus pau selama 10 minit.



TIps : 

Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..

mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. 

Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman