HOT

Post Top Ad

Resepi Roti Cheese Garlic Korean Air Fryer.

Terima Kasih | Amanda Tan


Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Jom saya kongsikan cara cepat untuk menyediakannya. Selamat mencuba.

NOTA KAKI:


1. Model : Air Fryer Philips HD9216
2. Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.
3. Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.
4. Boleh guna pinggan besi yang dijual dikedai Eco.
5. Boleh juga campur sos cili kedalam adunan cheese jika nak rasa yang pedas.
6. Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.
7. Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa ikut ketuhar.
8. Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis, bun wholemeal dan lain lain.


Bahan-bahan


Inti
100g Cream Cheese
30ml Whipping Cream
2 sudu besar Madu

Sos
100g Mentega
1 labu Bawang Putih dicincang
2 sudu besar Herba Parsley Kering
2 sudu besar Keju Parmesan
1 biji Telur

Cara penyediaan


Cara Penyediaan setiap bahan:


1. Potong roti bun ke 6 bahagian. Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.
Sediakan Inti :
1. Lembutkan cream cheese .
2. Masukkan whipping cream dan madu. Gaul sebati. Masukkan kedalam piping bag. Ketepikan.

Sediakan Sos :
1. Cairkan mentega pada api kecil/sederhana. Tutup api.
2. Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.
3. Bila mentega sedikit sejuk, baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.

Cara Penyediaan
Korean Cheesy Garlic Bread

1. Isikan inti cream cheese di setiap belahan roti. Isikan separuh , takut muak.

2. Tuang sos mentega kedalam setiap belahan roti dan bahagian atas. Alaskan roti didalam loyang yang akan dibakar dalam Air Fryer.

3. Bakar pada suhu 180°C / 5min.

#philips #philipsairfryer #philipsmalaysia #KoreanCheesyGarlicBread #RotiViral

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman