HOT

Post Top Ad

Resepi Biskut Tart Strawberi Harummanis.


Terima Kasih | Siti Hajar MN




Aritu janji nk share resepi tart strawberi. Jom blajau jom.
Tpi sblm blajau meh kita cas thp kesabaran dulu 😂😂😂. 
Takut ader yg meroyan lak nnti 😛😛😛. 
Resepi ni saya cedok dr azlita masam manis. Terima kasih byk2 kak ita. Halal kan ilmu ye.


Bahan2 yg diperlukan;
260gm butter
60gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanila
370gm tepung gandum
30gm tepung jagung

Cara - caranya : 

Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu, gaulkan dengan rata butter dan gula icing.


Masukkan kuning telur dan vanila. Gaul lagi hingga sebati.


Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan kedalam adunan butter dan gaul rata sehingga menjadi doh.

Keluarkan sedikit sahaja bahagian dan ketepikan. Bahagian yg banyak diwarnakan dengan pewarna merah.

Adunan yg sedikit tdi diwarnakan dgn pewarna hijau untuk dijadikan tompok atau daun buah strawberi.

Pilih acuan yg bersesuaian dan terap untuk bahagian tompok.

Untuk inti tart, disarankan bulat2kan inti bagi memudahkan proses memasukkan inti kedalam doh. Doh yg telah dimasukkan inti juga perlu dibulat2kan.


Gelek bahagian bawah doh bagi mendapatkan tirus/bujur bahagian bawah. Kemaskan.

Letakkan tompok yg telah diterap di bahagian atas doh strawberi.

Dengan menggunakan manik/bijan, susunkan pada doh yg berbentuk strawberi.

Masukkan doh kedalam papercup.

Bakar pada suhu 140 darjah selama 25 minit.


Untuk bahagian finishing bg mengilatkan tart, bhn yg diperlukan 1 biji kuning telur, 2 sudu besar air putih dan sedikit esen vanila.


Sapukan kuning telur pada tart strawbery yg telah dibakar. Kemudian bakar sekali lgi selama 3 minit. Keluarkan dr oven biarkan sejuk. Ulangi proses sapu ni sebanyak 3@4 kali. Selamat mencuba.....☺




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Halaman