Resepi Butter Cherry Lemon Cake



Bahan-bahan :

125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon, parut kulitnya (hanya yang bahagian kuning)
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah, belah 2 setiap satu
7 biji ceri hijau, belah 2 setiap satu
Badam cincang untuk hiasan

Cara Membuat

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. boleh guna acuan mini loaf pan berukuran 4 1/2 inci x 2 inci x 2 inci dan alas kan dengan paper casing yang sesuai. Ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. putar rata.

3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.

4. Masukkan belahan ceri merah dan hijau (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin yang telah disediakan.

5. Hias dengan ceri dan tabur badam cincang. Bakar 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment