Resepi Kek Gulung Dam


BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
6 biji telur
30gm ovalette
120gm gula kastor
BAHAN B ( diayak) :
120gm tepung kek
20gm tepung jagung
BAHAN C:
50ml minyak jagung
½ sudu teh perisa vanila
BAHAN KRIM MENTEGA:
250gm mentega
100gm gula aising
½ sudu teh perisa vanila

CARA MEMASAK:
1. KRIM MENTEGA: Putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkrim. Ketepikan:
2. KEK: Kesemua bahan A diputar sehingga kembang.
3. Masukkan bahan B, gaul hingga sebati dan putar lagi sehingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan bahan C. Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
5. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna hijau, coklat, merah jambu dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Masukkan ke dalam loyang yang berlainan (4 biji dulang) dan bakar pada suhu 180°C sehingga masak.
7. Apabila masak,keluarkan dan sapukan dengan krim mentega. Susun kek yang bewarna di dalamnya secara berselang-seli. Gulung supaya padat.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment