Resepi Pudding Karamel Berlapis Coklat



Bahan A

1 tin susu cair
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B

1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu besar coffee emulco (bahan asal : 4 sudu besar serbuk koko)

Bahan C

2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan.

Tapiskan.

Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci).

Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.

Kukus selama 5 minit atau hingga masak.

Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis.

Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.
Share on Google Plus

About

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

0 comments:

Post a Comment